Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada
seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang,
berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada
kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada
tangan kirinya.Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua
helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya
digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal
dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.Tatkala
datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki
Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi
syafa’atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya
untuk memberi syafa’at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi’ah dan qabilah
Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan
izin-Nya.
Dia adalah ‘Uwais al-Qarni’ siapalah
dia pada mata manusia…
Tidak banyak yang mengenalnya,
apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan
dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya
sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan
demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha’ negeri
Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai
pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan
semula kepadanya. Uwais berkata:
“Aku khuatir, nanti orang akan
menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada
membujuk pasti daripada mencuri.”
Uwais telah lama menjadi yatim.
Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta
dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya
hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila
ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup
miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan
merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya.
Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam
ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah
mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang
tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya
agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik
hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya,
kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah
memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W
secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga
mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila
melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah
bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri
belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah
menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan
daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan
adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat
ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang
Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu
oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan
batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada
Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan
kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam
lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, “Bilakah ia dapat menziarahi
Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?”
Bukankah dia mempunyai ibu yang
sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya
sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk
berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais
mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar
diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur,
merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati
nurani anaknya, Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai anakku! Temuilah
Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.”
Dengan rasa gembira dia berkemas
untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan
ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya
selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan,
Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak
lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya.
Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas
yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di
malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya
paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota
Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu
sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah R.A sambil menjawab
salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi
yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan
berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin
berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya
bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan
masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu,
agar ia cepat pulang ke Yaman.
“Engkau harus lekas pulang.”
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan
ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan
berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon
untuk pulang semula kepada sayyidatina ‘Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya
menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang
pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi
S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi
Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada
ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda
Rasulullah S.A.W, sayyidatina ‘Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina ‘Aisyah R.A
memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman,
kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan
ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau
kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Rasulullah S.A.W,
memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian
bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit
dan bukan penghuni bumi.”
Tahun terus berjalan, dan tidak lama
kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar
as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat
akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau
segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang
datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah
ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan,
apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju
Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais
al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang
datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi
mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia
ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota.
Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais
berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya
Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab
salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah
Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit.
Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
“Siapakah nama saudara?”
“Abdullah.” Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat
pun tertawa dan mengatakan,
“Kami juga Abdullah, yakni hamba
Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata “Nama saya
Uwais al-Qarni.”
Dalam pembicaraan mereka,
diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada
khalifah,
“Sayalah yang harus meminta doa
daripada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah
berkata,
“Kami datang ke sini untuk mohon doa
dan istighfar daripada anda.”
Karena desakan kedua sahabat ini,
Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan
istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A
berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk
jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
“Hamba mohon supaya hari ini saja
hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir
ini tidak diketahui orang lagi.”
Beberapa waktu kemudian, tersiar
khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan
dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan
ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada
orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi
hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali
kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa
banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah
menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan
jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin
untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi
sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah
orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan
sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah
menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat
menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk
mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang
tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga
jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang
yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman
tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita
kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah
sebagai penggembala?”
“Namun, ketika hari wafatmu, engkau
telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang
tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Agaknya mereka adalah para malaikat
yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru
saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
“Dialah Uwais al-Qarni, tidak
terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.”
– Artikel iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment